BERITA SEMASA

TH umum agihan keuntungan 3.25 peratus, tertinggi sejak 7 tahun

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan itu adalah tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Katanya, agihan keuntungan itu membabitkan jumlah bernilai RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya.

Agihan keuntungan Tabung Haji 2024.

Agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.

Bagi tahun kewangan 2023, TH mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.

Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button