BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

TH terima anugerah kecemerlangan dari Arab Saudi

MEKAH – Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Labbaittom dari Kerajaan Arab Saudi buat tahun ketiga berturut-turut atas kecemerlangan perkhidmatan pengurusan haji.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, pengiktirafan itu diberikan sebagai perakuan kepada prestasi baik TH dan jemaah Malaysia.

“Jemaah haji kita sememangnya terkenal dengan ilmu dan disiplin yang baik. Ia sudah menjadi penanda aras kepada pengurusan dari negara lain.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan yang konsisten daripada Arab Saudi membuktikan penghargaan mereka terhadap perkhidmatan TH yang sentiasa ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media terakhir operasi musim Haji 1445H di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, di sini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan TH akan mengadakan mesyuarat penutup dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai tahap perkhidmatan yang diberikan.

Menurut beliau, mesyuarat itu akan membincangkan semua aduan yang diterima dan melakukan penambahbaikan bagi musim haji tahun hadapan.

Anugerah disampaikan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Rabiah dalam Majlis Penutup Musim Haji 1445H/2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Isnin.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button