SUKANBERITA SEMASA

Terbuka Indonesia: Zii jia mara ke suku akhir selepas cemas di set pertama

JAKARTA – Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menundukkan Weng Hong Yang dari China dalam perlawanan pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, di sini, sebentar tadi.

Zii Jia berjaya melakar kemenangan itu dengan keputusan 20-22, 21-9, 21-16 dalam perlawanan tiga set.

Walaupun Zii Jia tewas pada set pertama, pemain di rangking nombor tujuh dunia itu tidak berputus asa untuk menunjukkan kualiti sebenarnya untuk menang dua set berturut-turut.

Juara Terbuka Thailand itu sememangnya memberikan debaran kepada peminat badminton Malaysia apabila beliau tampak banyak melakukan kesilapan dalam set pertama sebelum beliau bangkit memberikan kelegaan dalam set kedua yang jelas didominasi oleh Zii Jia.

Lee Zii Jia dijadualkan akan bertemu Kunlavut Vitidsarn dari Thailand untuk perlawanan pusingan suku akhir esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button