Berita SemasaSukan

Terbuka China: Zii Jia pulang awal, tewas besar kepada Watanabe

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China.

Lebih memeritkan, pemenang pingat gangsa Olimpik Paris itu kalah besar 15-21, 2-21 kepada pemain Jepun, Koki Watanabe dalam masa 29 minit.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou sebentar tadi, Zii Jia bergelut untuk menunjukkan prestasi sebenarnya.

Bermula baik pada set pertama dengan mendahului 9-1, Zii Jia nyata gagal mengekalkan rentaknya sehingga Watanabe menyamakan kedudukan 13-13 sebelum tewas 15-21.

Memasuki set kedua, Watanabe langsung tidak memberi peluang kepada Zii Jia dengan meninggalkannya 11-0 di pertengahan permainan.

Walaupun cuba mengejar, ianya seperti sudah terlambat buat Zii Jia, memandangkan jurang mata yang terlalu besar, sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan 2-21.

Kekalahan tersebut merupakan antara yang terbesar dalam karier Zii Jia selepas berehat panjang dengan tidak menyertai beberapa kejohanan terdahulu, termasuk Terbuka Korea dan Terbuka Hong Kong pada tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button