
Kerjasama rakyat, tentera asas keselamatan negara – Khaled Nordin
TAWAU – Hubungan erat antara masyarakat awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan asas penting dalam memastikan kestabilan serta keselamatan negara terus terpelihara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata negara kini berdepan pelbagai cabaran keselamatan, sama ada berbentuk tradisional mahupun bukan tradisional
Sebubungan dengan itu, beliau berkata, ia memerlukan kerjasama semua pihak, khususnya rakyat selaku barisan hadapan.
“Kerjasama yang erat antara masyarakat dan tentera amat penting. Hubungan ini bukan sekadar simbolik, tetapi menjadi tunjang kepada kekuatan moral dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2025 di Kompleks Sukan Tawau, di sini hari ini.

Tambah Mohamed Khaled, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi merapatkan hubungan antara rakyat dan ATM seperti Program Jiwa Murni (PJM) dan Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air.
“Inisiatif ini memberi ruang kepada masyarakat untuk memahami peranan ATM serta menghargai pengorbanan mereka dalam memastikan negara terus aman dan selamat.
“Lebih penting, sokongan rakyat kepada tentera akan terus menjadi kekuatan moral kepada anggota kita untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman,” ujarnya.
Baca juga : Khaled Nordin hadiri pertemuan pelbagai hala bersama menteri-menteri Pertahanan ASEAN
Dalam pada itu, Khaled turut menzahirkan harapan agar hubungan awam-tentera dapat terus diperkukuhkan menerusi pelbagai program kemasyarakatan di masa depan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment