BERITA SEMASALUAR NEGARA

Telegram akan dedah nombor telefon jika diminta pihak berkuasa

KUALA LUMPUR – Penyedia aplikasi mesej popular, Telegram akan mendedahkan ‘Protokol Internet’ pengguna termasuk nombor telefon jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Menerusi kemaskini terbaharu polisi privasi aplikasi itu, jika Telegram menerima perintah yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan kes jenayah, aplikasi itu akan mendedahkan butiran pengguna seperti yang diminta.

Ia termasuk mendedahkan alamat Protokol Internet (IP) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa, lapor Harian Metro.

Pada masa sama, Telegram menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan jenayah dan berbahaya yang berlaku dalam platform ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa semua polisi baharu berkenaan akan digunakan di seluruh dunia atau bergantung kepada negara tertentu.

Kemaskini terbaharu berkenaan dimuat naik menerusi laman web rasmi aplikasi berkenaan, namun tiada kenyataan rasmi daripada Telegram.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button