BERITA SEMASA

Tawaran ke Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok

PUTRAJAYA – Pelajar yang memohon untuk menyambung pembelajaran mereka ke Tingkatan Enam Tahun 2025 boleh mula menyemak permohonan mereka mulai esok melalui pautan ini atau melalui sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari berkata, bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini manakala keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah sama pada 3 Jun.

“Mulai 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu sains dan sains sosial,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan dengan itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam mulai 19 hingga 25 Mei ini.

“Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun melalui pautan ini,” kata KPM lagi.

KPM turut berkata, semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button