Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Tasneem Naturel tumpu tambah baik produk, tukar pengilang dan pembekal lebih berkualiti

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk bayi, Tasneem Naturel akan terus memberikan tumpuan kepada usaha penambahbaikan produk-produk keluarannya bagi memastikan ia selamat dan mampu memberi manfaat kepada bayi.

Dengan mementingkan penggunaan bahan-bahan semula jadi, Pengasas Tasneem Naturel, Ahmad Rafizal Rafie berkata, walaupun terputus bekalan produk, pihaknya sedang berusaha menambah baik sembilan produk sedia ada merangkumi ramuan serta pertukaran pembekal dan pengilang yang lebih berkualiti.

Produk tersebut termasuk CF Rub, Trub, Sleeptime, CalmTime, Skeenz, Stommy Oil, Resty Oil, CF Bath, dan Mandian Jaunys.

“Selepas penelitian menyeluruh terhadap kualiti bahan, vendor, supplier, dan pengilang, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi baru yang menepati standard audit ketat dengan pengesahan GMP, Halal, dan ISO.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, selaras dengan moto kami, “Give the Best” (beri yang terbaik).

“Kami di Tasneem Naturel percaya bahawa bayi-bayi anda layak mendapatkan produk yang tidak hanya selamat tetapi juga memberi manfaat semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Pengasas bersama Tasneem Naturel, Haridah Sahri berkata, produk keluarannya juga telah dihasilkan berdasarkan penyelidikan dan penilaian terhadap kualiti bahan, vendor, pembekal, dan pengilang yang terlibat bagi memastikan produk tersebut berkualiti tinggi.

“Tasneem Naturel telah lama dikenali sebagai pembekal produk bayi yang berkualiti tinggi dan selamat, dengan fokus pada bahan-bahan semulajadi. Kami berdedikasi untuk terus inovatif dan responsif terhadap keperluan pelanggan kami,” katanya.

Tambah Ahmad Rafizal, pada tahun ini, Tasneem meletakan sasaran untuk melebarkan sayap perniagaan ke Indonesia selepas mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat domestik.

Ujar beliau, Tasneem Naturel yang kini memiliki lebih 400 ejen aktif, menyasarkan penambahan sebanyak 10,000 affiliate di TikTok menerusi pelbagai program yang mampu membantu lebih ramai pengedar sah menjana pendapatan.

Lebih menarik lagi, Tasneem Naturel telah melancarkan program yang dinamakan Tasneem Home Centre sebagai sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka.

“Tasneem Home Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.

“Setiap Tasneem Home Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran Percuma terdiri daripada bunting, katalog, flyers, pelekat kereta, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem Home Centre itu sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Rafizal berkata,
selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma.

“Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem Home Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button