BERITA SEMASA

Tarikh akhir kemuka borang nyata bagi pembayar cukai yang berniaga 30 Jun, e-Filing 15 Julai

CYBERJAYA – Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 30 Jun ini secara manual manakala e-Filing pada 15 Julai ini.

Ia meliputi dua kategori pembayar cukai iaitu individu pemastautin dan perkongsian.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan yang disediakan.

“Bagi pautan bahasa Melayu boleh dilayari di
https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf manakala bahasa Inggeris di pautan
https://www.hasil.gov.my/media/wm2oviph/20230324-return-form-filingprogramme-for-the-year-2023.pdf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

Katanya, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (sekiranya ada).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button