Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Tarif import AS hanya 5.6 peratus, bukan 47 peratus – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Dakwaan Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar sama sekali.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebaliknya berkata, purata tarif yang dikenakan kerajaan adalah hanya 5.6 peratus.

Beliau berkata, angka berkenaan adalah berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat 2025.

“Kalau kamu semua ingin tahu banyak produk AS yang masuk Malaysia tidak dikenakan tarif langsung, jadi kalau nak timbal balas yang betul-betul adil mereka perlu kenakan tarif 5.6 bahagi dua iaitu 2.8 peratus bukan 24 peratus.

“Kesimpulannya Malaysia tidak kenakan tarif 47 peratus kepada Amerika dan tarif 24 peratus yang dikenakan kepada Malaysia perlu dikaji semula,” katanya dalam satu video di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Rabu minggu lalu, pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.

Perdana Menteri walau bagaimanapun memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh AS memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button