BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tanah runtuh: KPM arah kuarters IPG Gaya dikosongkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan kuarters di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dikosongkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penghuni susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata, beberapa langkah segera turut dilaksanakan, termasuk tindakan merobohkan bangunan terbabit untuk pembinaan semula.

“KPM turut menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik dapat terus berjalan dan membina semula tangki air yang rosak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, namun kejadian berkenaan menyebabkan kerosakan pada cerun serta beberapa blok bangunan yang telah dikosongkan sejak Julai lalu atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Pada masa sama, KPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor atas keprihatinan beliau mengunjungi kampus hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button