BERITA SEMASA

Tan Sri Ahmad Nawab selamat disolatkan, dikebumikan di Raudhatul Sakinah

KUALA LUMPUR – Jenazah maestro muzik tersohor negara, Tan Sri Ahmad Nawab, selamat disolatkan di Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah, Taman Melewar pagi tadi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Karak untuk pengebumian.

Jenazah tiba di surau berkenaan sekitar pukul 9 pagi, diiringi ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di kediamannya yang terletak tidak jauh dari surau.

Antara yang hadir termasuk penulis lirik, Datuk Chuari Selamat, penyanyi Datuk ND Lala dan Lukhman S, serta pelakon, Rahim Jalani.

Turut kelihatan ialah dua bekas menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir turut menyertai solat jenazah.

Solat jenazah yang bermula pukul 9.57 pagi selesai kira-kira tiga minit kemudian. Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Allahyarham yang dikenali sebagai legenda muzik negara, meninggalkan legasi besar dalam industri seni tanah air. Kehilangan beliau amat dirasai oleh masyarakat, khususnya penggiat seni dan peminat muzik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button