BERITA SEMASA

Tan Sri Abdul Ghani bersara sebagai Presiden SPR

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun mengepalai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pengerusi, Tan Sri Abdul Ghani hari ini diumumkan bersara wajib.

Abdul Ghani sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan termasuk Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Makluman mengenai persaraan beliau diumumkan SPR melalui kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bekas Setiausaha SPR itu akan memegang jawatan sebagai Pengerusi sehingga beliau mencapai usia 66 tahun.

Abdul Ghani yang menjawat jawatan Pengerusi SPR sejak Ogos 2020 menyifatkan pengalaman menguruskan pilihan raya semasa zaman Covid-19 sebagai yang paling tidak dapat dilupakan.

“Paling saya tidak dapat lupakan adalah semasa pilihan raya di Melaka. Ada pegawai pengurus yang dijangkiti Covid-19 sampai kena pakai pakaian perlindungai diri (PPE) ketika bertugas,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button