Berita Semasa

Tampar lelaki Cina kerana tidak berpuasa satu provokasi

PUTRAJAYA – Tindakan individu yang menampar seorang lelaki Cina yang bukan Islam beberapa kali kerana makan di bulan Ramadan di Johor, semalam adalah satu provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan, tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

“Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh.

“Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di akaun X miliknya, hari ini.

Beliau menambah, mangsa dikenali sebagai Elijah itu telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi berhubung insiden di Johor itu.

“Saya dimaklumkan polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Saya berharap agar semua pihak memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.

Terdahulu, mangsa menerusi hantaran di aplikasi itu mendakwa kejadian berlaku dia ingin menikmati makanan di sebuah pusat beli-belah sebelum warga emas terbabit bertanyakan kepadanya sama ada dia Islam atau tidak.

Katanya, lelaki itu kemudiannya meminta untuk melihat kad pengenalan sebelum menamparnya.

Anak kepada lelaki itu kemudiannya segera menenangkan keadaan dan memohon maaf atas tindakan bapanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button