
Tak sangka ada keluarga tinggal di bawah jambatan di Bangi
BANGI – “Terdiam dan terkedu,” demikian reaksi pasukan operasi agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas melihat kedaifan lima sekeluarga yang tinggal dibawah jambatan berdekatan Sungai Langat di Bandar Baru Bangi dekat sini, baru-baru ini.
LZS menerusi satu catatan yang dimuat naik di Facebook pada 28 Ogos lalu, berkata, kesemua anggota keluarga itu berusia 9 hingga 30-an dan berasal dari Pahang
Lebih memilukan, bapa kepada dua orang anak yang tidak bersekolah itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang buta sebelah mata.

“Kami datang menziarahi keluarga ini setelah mendapat aduan awam yang menyatakan ada keluarga yang tinggal di bawah jambatan.
“Keadaannya sungguh daif, tapi hairannya, mereka masih tersenyum dan seolah tiada masalah apa-apa pun untuk tinggal dalam keadaan tersebut.
“Mula-mula kami ingat orang asing yang tinggal di bawah jambatan ni. Rupanya orang tempata yang telah duduk dibawah jambatan ni hampir setahun,” kongsi LZS.
Menurut LZS, keluarga itu tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyewa rumah memandangkan hanya kerja dengan mencari hasil kebun.
“Saya tak mampu encik. Kerja cari hasil kebun je, susah nak ada duit lebih. Tinggal di sini, tak perlu bayar apa-apa. Tinggal cari duit makan je. Keluarga saya yang lain pun susah juga,” katanya selepas disoal petugas LZS.

Sementara itu, hasil semakan LZS mendapati keluarga tersebut pernah mendapat bantuan daripada LZS berupa bantuan kewangan bulanan dan bantuan-bantuan lain ketika mereka menetap di Hulu Selangor.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, bantuan tersebut telah dihentikan kerana mereka telah berpindah ke kampungnya di Pahang.
“InsyaAllah, kami akan mendaftarkan semula keluarga ini sebagai asnaf fakir dan akan menyalurkan bantuan kewangan bulanan serta bantuan tempat tinggal,” ujar LZS.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |