BERITA SEMASA

Tahap kesihatan Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan baik, selamat berangkat pulang ke Brunei

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini telah berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahap kesihatan baginda berada dalam keadaan baik selepas menerima rawatan di IJN.

“Petang tadi saya dan Azizah berkesempatan menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

“Alhamdulillah, baginda tuanku berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar daripada IJN tempoh hari,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman media sosialnya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan semoga baginda dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Brunei Darussalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarah baginda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, di Kuala Lumpur. 3 Jun 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke IJN selepas mengadu keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana sejak 27 Mei lalu.

Disebabkan itu, baginda juga tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China termasuk Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.

Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di Malaysia pada 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button