
Symphony of Ungu: Orkestra istimewa di KLCC raikan 29 tahun perjalanan seni
KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik terkenal dari Indonesia, Ungu bakal menganjurkan sebuah konsert istimewa pada 12 Julai ini di Plenary Hall KLCC, Kuala Lumpur, sempena meraikan ulang tahun ke-29 penubuhan mereka.
Konsert bertemakan “29th Anniversary – Symphony of Ungu” itu akan tampil unik dengan konsep orkestra, menjanjikan persembahan bertenaga, emosional dan penuh magis buat para peminat yang hadir.
“Kami sebagai penganjur percaya konsert ini mampu mencapai target kerana Ungu merupakan sebuah Kumpulan yang mempunyai sokongan daripada peminat mereka yang tersendiri apatah lagi mereka sudah hampir usia tiga dekad dalam industry muzik Malaysia dan Indonesia.
“Kapasiti dewan itu hanya boleh memuatkan kurang daripada 3000 orang penonton oleh itu kami sarankan peminat segera mendapatkan tiket mereka bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang menonton dan merasai konsert yang akan memberikan kenangan yang amat bermakna buat mereka yang hadir,” kata penganjur.

Ungu yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Cinta Dalam Hati, Percaya Padaku, Andai Ku Tahu, tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air apabila kerap menghasilkan karya-karya yang memberi inspirasi kepada ramai peminatnya.
Justeru itu, penganjuran konsert Symphony of Ungu adalah sebagai tanda penghargaan kepada para peminat Ungu yang sentiasa menyokong karya-karya mereka, yang telah memberikan kesan tersendiri kepada peminat muzik tanah air.
Dengan kredibiliti Ungu, mereka menjanjikan persembahan yang sangat bertenaga dan istimewa melalui sentuhan okestra daripada J.P Denny.
Plenary Hall, KLCC telah dipilih sebagai lokasi utama bagi konsert itu, dengan sasaran kehadiran seramai 2,865 penonton untuk persembahan berdurasi dua jam.
Pembelian tike boleh didapati melalui platform www.ticket2u.com.my yang akan diumumkan kelas
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |