BERITA SEMASAHIBURAN

Syed Saddiq sifakan Bella wanita luar biasa

PUTRAJAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sebagai seorang wanita yang luar biasa selepas dia setia menemaninya di Mahkamah Rayuan, di sini hari ini.

Bella hadir pada sambungan pendengaran rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Dia wanita luar biasa, terima kasih kerana turut bersama (hari ini) dan saya hargai sokongan dan dorongan beliau,” katanya ringkas dalam satu sidang media selepas prosiding.

Kelibat Bella dilihat berada di Istana Kehakiman seawal jam 8.15 pagi tadi dan turut dilihat berbual mesra dengan ahli keluarga Syed Saddiq yang turut hadir bagi memberi sokongan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button