BERITA SEMASA

Syarikat pengendali 5G akan diumumkan beberapa minggu lagi – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kini dalam fasa akhir memuktamadkan proses tender syarikat terlibat dalam pembangunan rangkaian 5G kedua negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, proses penelitian tender yang bermula pada 1 Ogos lalu kini hampir selesai dan pengumuman mengenai syarikat yang terlibat membangunkan rangkaian 5G akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lalu.

Beliau juga berkata, kesemua syarikat telekomunikasi yang terlibat bersetuju dengan prinsip utama sebelum memiliki saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

“Kita jangka dalam masa beberapa minggu ini satu pengumuman akan dibuat mengenai syarikat yang akan terbabit dalam membangunkan rangkaian 5G kedua negara.

“Saya telah serahkan kepada MCMC untuk meneliti perkara ini bagi memastikan mutu perkhidmatan sebaik yang disediakan oleh DNB atau lebih baik daripada itu dan lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen CIMB Bank Bhd ‘Kita Bagi Jadi’ hari ini.

Bulan lalu, dilaporkan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengemukakan bidaan masing-masing bagi pembangunan rangkaian 5G kedua.

Syarikat MNO itu terdiri daripada CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, dan U Mobile Sdn Bhd.

Pada Mei tahun lalu, kerajaan bersetuju memperkenalkan rangkaian 5G kedua dalam usaha berganjak kepada model dwirangkaian.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button