Sultan Selangor berkenan isytihar Majlis Bandaraya Diraja Klang
KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan menyempurnakan istiadat pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Baginda berkenan melafazkan pengisytiharan tersebut dan turut mengumumkan pelantikan Datin Noraini Roslan sebagai datuk bandar berkuat kuasa 23 November tahun lalu.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengalungkan Noraini kalung rasmi dan mengurniakan watikah pengisytiharan MBDK sambil disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Istiadat yang berlangsung di Hotel Wydham di sini turut dihadiri barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Pada Julai tahun lalu, kerajaan persekutuan mengumumkan Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada bandar raya, sekali gus menjadi PBT ke-20 memperoleh status berkenaan.
Berikutan itu, kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM34.6 juta untuk menambah baik kemudahan awam di Klang antaranya pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






