BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga TLDM

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Pulau Indah, hari ini.

Keberangkatan baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain, bersama ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM sekitar Lembah Klang.

Hadir sama Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Mohammed Khusrin Munawi dan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa Bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Pulau Indah, di sini hari ini.

Majlis diadakan di atas dua kapal TLDM iaitu KD PAHANG dan KD TERENGGANU.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga asnaf TLDM.

Sultan Sharafuddin kemudian menyaksikan upacara Sunset Ceremony di KD TERENGGANU, sebelum berbuka puasa bersama warga TLDM.

Kenyataan media oleh Bagagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Selepas berbuka, baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama anggota yang hadir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button