AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Sultan Ibrahim uji bot pemintas berteknologi tinggi

MERSING – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu uji sebuah bot selam baharu yang direka khas oleh Seri Paduka Baginda sendiri, di sini, semalam.

Melalui kenyataan di Facebook rasmi Baginda, bot selam berteknologi tinggi itu merupakan hasil ilham dan kepakaran Sultan Ibrahim yang memiliki pengalaman luas dalam bidang kelautan serta latihan ketenteraan.

Reka bentuk serta spesifikasi bot selam yang dipandu uji itu mencerminkan komitmen Baginda terhadap keselamatan perairan negara, dengan keupayaan beroperasi di perairan yang mencabar.

Tiga buat bot pemintas berteknologi tinggi dikurniakan Sultan Ibrahim sebagai tanda keprihatinan terhadap keselamatan perairan negara.

Kecekapan bot itu menjadi simbol keprihatinan Sultan Ibrahim dalam memastikan keselamatan maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

Pada bulan Mac yang lalu, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi yang dinamakan Ibrahim Class IC 1170cc kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bot berkelajuan tinggi itu direka khas untuk operasi dalam perairan tropika, memberikan kelebihan kepada TLDM dalam melaksanakan tugas-tugas pengawasan dan pertahanan maritim negara.

Pengurniaan yang serupa juga telah diberikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang pada bulan Mac yang lalu.

Bot pemintas berteknologi tinggi itu turut memperkukuhkan keupayaan Maritim Malaysia dalam menjalankan operasi keselamatan di perairan negara.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut memberi sumbangan penting kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dengan mengurniakan sebuah bot laju IMG pada November 2020.

Bot itu dilengkapi dengan enjin 900 kuasa kuda dan direka untuk menjalankan penugasan di kepulauan serta perairan Mersing.

Pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Baginda untuk memperkasakan pasukan berkuasa negara.

Pada tahun 2021, Sultan Ibrahim juga berkenan memberikan sebuah bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dengan tujuan untuk menyokong operasi pasukan khas negara dalam mengekang ancaman keselamatan di perairan.

Dengan pelbagai pengurniaan aset berteknologi tinggi dan canggih, Sultan Ibrahim terus menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap keselamatan perairan negara.

Langkah itu juga mencerminkan kesungguhan Baginda memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara dalam mengekang ancaman di laut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button