BERITA SEMASA

Sultan Brunei berehat di IJN

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Jabatan Perdana Menteri Brunei memberitahu, Baginda berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Sidang Berkaitan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” jelas kenyataan media tersebut.

Laporan media semalam menyebut, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami kepenatan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China di ibu negara, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button