SUKAN

‘Saya ada kuota khas bawa tetamu ke Paris’ – Norza Zakaria

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria menegaskan beliau mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri bagi menonton acara dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Memetik laporan Malaysia Kini, kuota yang diberikan kepada beliau tiada kena mengena dengan atlet atau pegawai pasukan yang mewakili negara.

“Sebagai Presiden BAM dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet,” katanya.

Sebelum ini tular di laman X yang menunjukkan satu gambar yang memaparkan individu didakwa isteri dan anak lelaki Norza yang mempunyai kad akreditasi dan menonton acara Olimpik di Paris.

Isu ini menimbulkan kemarahan peminat badminton tanah air ekoran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.

Ia berikutan kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi temasya edisi kali ini.

Namun Jin Wei dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.

Pada masa sama, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa yang meminta untuk membawa seorang rakan ‘sparring’ juga tidak dibenarkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button