Sukan

Revolusi Harimau Malaya: TMJ bertemu Presiden FIFA

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino semalam.

Menerusi satu hantaran dalam laman media sosial baginda, Infantino diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” katanya.

Kelmarin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan dua individu penting iaitu pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara.

Pengumuman itu menandakan bermulanya revolusi pasukan kebangsaan dengan langkah pertama memacu pasukan kebangsaan ke arah yang lebih baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button