Sukan

Piala Asia: Hannah Yeoh sedih, namun bangga…

KUALA LUMPUR – “Terima kasih Harimau Malaya kerana telah berjuang habis-habisan,” demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Malaysia tumpas 1-0 di tangan Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, malam tadi.

Lebih memedihkan, jaringan tunggal penyerang Bahrain, Ali Madan itu dijaringkan pada penghujung permainan di masa kecederaan.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia
tersingkir daripada saingan Piala Asia dan aksi menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini hanya sekadar pelengkap jadual kejohanan.

Hannah berkata, beliau sedih, namun berbangga dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Harimau Malaya malam tadi.

“Saya sedih, tapi berbangga dengan cara kita bermain malam ini.

“Terima kasih kepada ribuan Ekor Harimau Malaya yang sampai di Doha dan di 16 lokasi Big Screen serta mereka yang menonton di rumah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button