
Pesilat berbangsa India cipta sejarah, sumbang pingat emas untuk negara
ABU DHABI – Pesilat Malaysia berbangsa India, V Thamaraj mencipta sejarah apabila berjaya memenangi pingat emas dan menjadi juara dunia.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Thamaraj berjaya menjadi juara dunia bagi kelas bebas putera setelah mengalahkan pesilat dari Uzbekistan.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu itu, Malaysia berjaya meraih enam pingat emas.
Selain Thamaraj, pesilat lain yang menyumbang pingat emas ialah Siti Shazwana, Abdul Latif, Nor Farah, Danial Azrol, Danial Azray dan Ahmad Fauzan.
Pada masa sama, pasukan negara turut berjaya meraih sembilan pingat perak dan empat gangsa.
Bagi kategori skuad remaja dunia pula, pesilat negara menghadiahkan lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |