SUKAN

Perjalanan Azeem Fahmi di Olimpik Paris berakhir

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi gagal ke pusingan separuh akhir dalam acara 100 meter (m) selepas menamatkan saingan di tempat terakhir dalam pusingan pertama, Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu mencatat masa 10.45 saat (s), sekali gus menamatkan saingan di tempat kesembilan.

Dalam pusingan yang sama, pelari dari Kenya, Ferdinand Omanyala berjaya menjuarai saringan itu dengan catatan masa 10.08s.

Terdahulu, Azeem berjaya menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan pertama dengan catatan masa 10.42s.

Sementara itu, Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s ketika ditemu bual selepas perlumbaan meminta maaf kerana tidak melakukan terbaik.

Beliau mengakui larian yang ditampilkan sebentar tadi bukanlah sesuatu yang diharapkannya.

“Saya minta maaf saya tidak dapat pamerkan yang terbaik. Bukan keinginan saya nak lari macam ini dan bukam keinginan saya untuk saya alami musim yang teruk ini,” katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena.

Dalam perkembangan lain, pelari Thailand, Puripol Boonson, muncul wakil tinggal Asia Tenggara layak ke separuh akhir acara 100m

Ini selepas atlet berusia 18 tahun itu menamatkan saringan keempat pusingan pertama di tempat ketiga dengan catatan 10.13 saat di Stade de France sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button