
Paris 2024: Zii Jia tepati ramalan, tewaskan wakil tuan rumah straight set
PARIS – Perseorangan lelaki negara, Lee Zia Jia menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov dengan keputusan 21-13, 24-22 sebentar tadi.
Zii Jia yang mendapat suntikan semangat selepas pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mara lebih awal ke peringkat separuh akhir hari ini, bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah.
Meskipun menang mudah dalam set pertama dengan keputusan 21-13, pilihan ketujuh kejohanan itu cemas seketika apabila sering ketinggalan sebelum berjaya mendapat mata match point.
Sorokan padu penonton tuan rumah bagaimanapun memberi semangat kepada Popov yang kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 20-20.
Popov yang mendapat sokongan penonton kemudiannya berjaya mendapat mata match point.
Namun, ketenangan yang ada pada Zii Jia membolehkannya menyamakan kedudukan sebelum dia terus menjarakkan mata dan menang dengan keputusan 24-22.
Di suku akhir, Zii Jia akan bertemu pemain ranking ketiga dunia Anders Antonsen yang mendapat bye di pusingan 16.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






