Paris 2024: Aaron Chia-Wooi Yik lakukan kebangkitan luar biasa, hadiahkan pingat pertama buat negara
PARIS – Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakukan kebangkitan luar biasa untuk menghadiahkan pingat gangsa pertama buat negara di Olimpik Paris
Kemenangan itu mengulangi pencapaian pasangan negara itu di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Terdahulu Aaron Chia-Wooi Yik tewas di set pertama 16-21 kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen.
Memasuki set kedua, pilihan keempat kejohanan itu terus ketinggalan dan hampir tewas apabila pasangan Denmark yang juga pilihan kedua memiliki empat mata match point.
Bagaimanapun beregu utama negara itu melakukan kebangkitan luar biasa untuk menyamakan kedudukan sebelum menang 22-20.
Di awal set ketiga, pasangan negara itu sekali lagi menunjukkan aksi dominan apabila mendahului lawan dengan jauh sehingga mata ke-17.
Namun secara tiba-tiba pasangan Denmark itu berjaya menyamakan kedudukan 17-17 dan mendahului 18-17.
Cemas dengan situasi itu, Aaron Chia-Wooi Yik memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan sebelum menang 21-19.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






