SUKAN

Nidzam Jamil letak jawatan ketua jurulatih Selangor

SHAH ALAM – Nidzam Jamil meletakkkan jawatan ketua jurulatih Selangor FC berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut Selangor FC dalam satu kenyataan, jurulatih itu memohon untuk mengundur diri daripada mengemudi pasukan utama dan pihak kelab menghormati keputusan itu.

“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Di bawah bimbingan beliau, Selangor FC kini sedang berada di kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini dan menduduki tangga teratas Kumpulan H untuk saingan AFC,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, tugas tersebut akan digalas oleh Abdi Hassan secara sementara sementara kelab mengenalpasti ketua jurulatih baharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button