SUKAN

MSN puji kecemerlangan skuad sepak takraw, saran teruskan momentum ke temasya besar

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) menyifatkan prestasi semasa skuad sepak takraw kebangsaan sebagai membanggakan susulan kejayaan demi kejayaan yang diraih sejak tahun lalu.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pasukan kebangsaan menunjukkan peningkatan ketara hasil kepimpinan kukuh dalam Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di bawah teraju Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan.

“Saya melihat sukan sepak takraw kini berada di tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Ini adalah hasil kepimpinan berwibawa dalam PSM dan kejayaan ini boleh dijadikan penanda aras kepada persatuan sukan lain bagaimana sebuah sukan boleh bangkit dan mencipta pencapaian membanggakan,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan 2025 PSM di ibu negara, hari ini.

Jefri turut menyeru agar prestasi cemerlang itu dapat dikekalkan menjelang beberapa temasya besar akan datang seperti Sukan SEA di Thailand, Sukan Asia di Jepun serta Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia selaku tuan rumah.

Mengulas mengenai pengumuman peruntukan khas sebanyak RM6 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi penubuhan Akademi Sepak Takraw Negara, beliau menyambut baik inisiatif itu dan menyifatkannya sebagai satu langkah penting ke arah pembangunan berstruktur.

“Akademi ini dijangka menjadi pusat kecemerlangan sukan sepak takraw negara yang akan memberi penekanan kepada aspek latihan intensif serta penganjuran kejohanan secara berterusan,” katanya lagi

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button