Malaysia raih dua gangsa dalam Teqball di Sukan Belia Asia
KUALA LUMPUR – Pasukan Teqball Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya meraih dua pingat gangsa pada Sukan Belia Asia 2025 semalam.
Kejayaan menerusi acara beregu lelaki yang dibarisi Muhammad Amirul Danish dan Muhammad Rahmat, serta beregu campuran gandingan Muhammad Amirul Danish dan Putri Zarra Arissa Mohammad Abdul Aziz.

Lebih manis, pencapaian itu merupakan pingat rasmi pertama Persatuan Teqball Malaysia (MTA) sejak penubuhannya pada tahun 2018, sekaligus membuktikan kemampuan pasukan negara walaupun beroperasi dengan pembiayaan sendiri.

Presiden MTA, Sivakumar Jakarathan menzahirkan penghargaan atas semangat juang para atlet dan berharap agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak penaja dapat memberikan sokongan untuk memperkukuh pembangunan sukan itu di Malaysia.
“Dengan sokongan yang sewajarnya, kami mampu memperluaskan program pembangunan atlet dan membina pasukan mantap menjelang Sukan SEA 2025 di Bangkok serta Sukan SEA 2027 di Malaysia,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Pasukan negara turut dibimbing oleh jurulatih Hasnor dan Fadzli, manakala Dr Hefni Rusli bertindak sebagai pengurus pasukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






