Sukan

Liga Negara-Negara UEFA: Perancis, Jerman, Portugal, Sepanyol ke separuh akhir

PARIS – Perancis, Jerman, Portugal dan Sepanyol mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi suku akhir kedua yang berlangsung lewat malam tadi dan awal pagi tadi.

Di Stade de France, Paris, pasukan Perancis menewaskan Croatia 2-0 dalam masa tambahan menerusi jaringan Michael Olise (52′) dan Ousmane Dembele (80′). Keputusan itu menyamakan agregat kepada 2-2, sebelum Perancis menang 5-4 dalam penentuan penalti.

Sementara itu, aksi di Signal Iduna Park, Dortmund menyaksikan Jerman menang agregat 5-4 ke atas Itali.

Pasukan tuan rumah mendahului menerusi Joshua Kimmich (30’-pen), Jamal Musiala (36′) dan Tim Kleindienst (45′), tetapi Itali bangkit menyamakan kedudukan melalui dua gol Moise Kean (49′, 69′) serta penalti Gianluca Raspadori (90+5’).

Di Estádio da Luz, Lisbon, Portugal mencatat kemenangan 5-2 ke atas Denmark selepas masa tambahan. Cristiano Ronaldo (72′), Trincão (86′, 91′) dan Gonçalo Ramos (115′) memastikan kejayaan tuan rumah, sementara Denmark memperoleh dua gol menerusi Rasmus Kristensen (56′) dan Christian Eriksen (76′). Portugal mara dengan agregat 5-3.

Dalam satu lagi aksi di Mestalla, Valencia, Sepanyol terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi Belanda menerusi penentuan penalti.

Gol Mikel Oyarzabal (8’-pen, 67′) dan Lamine Yamal (103′) disamakan oleh Memphis Depay (54’-pen), Ian Maatsen (79′) dan penalti Xavi Simons (109′). Dengan agregat terikat 5-5, Sepanyol menang 5-4 dalam penentuan penalti untuk ke separuh akhir.

Keputusan lain:

Playoff kedua Liga A/B

Belgium 3-0 Ukraine (Belgium menang agregat 4-3)

Turkiye 3-0 Hungary (Turkiye menang agregat 6-1)

Greece 3-0 Scotland (Greece menang agregat 3-1)

Serbia 2-0 Austria (Serbia menang agregat 3-1)

Playoff kedua Liga B/C

Georgia 6-1 Armenia (Georgia menang agregat 9-1)

Kosovo 3-1 Iceland (Kosovo menang agregat 5-2)

Slovenia 1-0 Slovakia (Slovenia menang agregat 1-0)

Republik Ireland 2-1 Bulgaria (Ireland menang agregat 4-2)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button