Sukan

Lee Zii Jia berehat, mohon perlindungan ranking BWF

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, dijangka berehat sementara selepas pihak pengurusannya, Team LZJ, berjaya memohon perlindungan ranking di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Team LZJ dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan nasihat daripada pihak berkaitan, termasuk pakar perubatan.

“Ia bagi membolehkan Zii Jia meneruskan tempoh pemulihan daripada kecederaan buku lali kanan dan akan terlepas beberapa kejohanan akan datang termasuk Kejohanan Badminton Asia.

“Percayalah kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu Zii Jia dalam program rehabilitasi dan latihannya.

“Bila beliau kembali ke gelanggang akan bergantung kepada pemulihannya,” menurut kenyataan itu.

Team LZJ turut merakamkan penghargaan kepada peminat dan penaja atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain nombor lapan dunia itu.

Zii Jia, yang pernah menjuarai Kejohanan Badminton Asia pada 2022, menarik diri daripada Terbuka Swiss 2025 yang berakhir semalam akibat kecederaan.

Perlindungan ranking boleh dipohon oleh mana-mana pemain yang mengalami kecederaan atau sakit dan tidak dapat beraksi antara tiga hingga 12 bulan.

Jika diluluskan, ranking asal pemain akan dilindungi, membolehkan mereka kembali bertanding dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF selepas pulih sepenuhnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button