
Kelana United FC Juara Liga Wanita Kebangsaan 2024
KUALA LUMPUR – Kelana United FC muncul juara Liga Wanita Kebangsaan 2024 selepas menewaskan pesaing lain dalam liga yang menggunakan format gelanggang sendiri dan lawan.
Liga tersebut melibatkan lapan pasukan, 56 perlawanan, 240 pemain dan 21 pegawai wanita.
Pasukan Sabah menduduki tempat kedua manakala Selangor FC di tangga ketiga.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, liga itu mencatatkan sebanyak 227 jaringan gol dengan lebih 3,000 tiket terjual dan hampir 150,000 tontonan secara dalam talian.
“Liga Wanita Kebangsaan perlu terus disokong untuk memastikan pemain bola sepak wanita kita dapat terus berkembang.
“Sabah, juara tahun lalu, kini berada di kedudukan ke-11 dalam Liga Juara-Juara Wanita AFC,” katanya pada satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Hannah yang memuji usaha semua pihak memajukan bola sepak wanita menyifatkan kejohanan itu sebagai platform penting untuk mengasah bakat baharu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokong pemain wanita kita. Kita semua adalah Team MAS,” katanya lagi.
Kejohanan itu membuktikan bola sepak wanita di negara ini semakin mendapat perhatian dan berpotensi melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |