
Indonesia ke Piala Dunia B-17 selepas benam Yaman 4-1
DOHA – Indonesia mengesahkan tempat ke Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) selepas mara ke suku akhir Piala Asia B-17 dengan kemenangan meyakinkan 4-1 ke atas Yaman dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung semalam.
Skuad muda Garuda kendalian Bima Sakti tampil penuh keyakinan selepas kejutan ke atas Korea Selatan sebelum ini, dan turun dengan misi wajib menang untuk memastikan slot automatik ke Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung di Qatar.
Gol-gol Indonesia dijaringkan oleh Zahaby Gholy, Fadly Alberto serta dua jaringan daripada Evandra Florasta, manakala Yaman memperoleh gol saguhati menerusi Mohammed Al-Garash.
“Syukur alhamdulillah kami berjaya menepati sasaran. Anak-anak muda ini bermain dengan semangat tinggi dan disiplin. Kami akan terus fokus untuk aksi suku akhir nanti,” kata Bima Sakti dalam sidang media selepas perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan Indonesia melengkapkan kemaraan ke suku akhir bersama Qatar, Arab Saudi dan Uzbekistan, sekali gus mengesahkan penyertaan ke Piala Dunia B-17 mewakili benua Asia.
Pencapaian ini dianggap bersejarah bagi skuad remaja Indonesia yang semakin menyerlah di pentas Asia dengan aksi bertenaga dan taktikal kemas sepanjang kejohanan setakat ini.
Piala Dunia B-17 dijadualkan berlangsung hujung tahun ini di Qatar dan akan menghimpunkan lapan pasukan terbaik Asia bersama wakil-wakil benua lain.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |