
Hubungan Tang Jie-Ee Wei berakhir, BAM putuskan pemisahan
KUALA LUMPUR – Keputusan mengenai hubungan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang telah bergandingan selama dua tahun akhirnya terjawab selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan perpisahan pasangan itu dalam kejohanan yang akan datang.
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Prestasi yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam.
Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas menerima laporan akhir daripada jurulatih beregu campuran, Nova Widianto dan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.
“Kami telah menerima laporan akhir daripada Nova dan Rexy. Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, BAM turut memberi kuasa kepada Nova dan Rexy untuk mencari pasangan baharu yang sesuai untuk kedua-dua pemain itu.
Sejak 2023, Tang Jie dan Ee Wei pernah menduduki tangga ketiga dunia dan turut meraih beberapa gelaran termasuk Terbuka Korea 2024 serta Orleans Masters 2023.
Tang Jie dijangka bakal digandingkan dengan Chan Wen Tse atau Gobi Vannee, manakala Ee Wei berpotensi untuk berganding dengan Loo Bing Kun, Yap Roy King atau Choong Hon Jian dalam pasangan baharu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |