SUKAN

Hannah Yeoh ucap tahniah kepada Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah yang muncul juara Terbuka Hong Kong, hari ini.

Hannah Yeoh berkata, dengan kemenangan itu, Pearly-Thinaah menjadi pasangan Malaysia pertama memenangi gelaran beregu wanita di Terbuka Hong Kong.

“Syabas kepada Pearly dan Thinaah yang mencipta sejarah selepas menjadi juara Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pearly Tan-M Thinaah berjaya menundukkan pasangan beregu dari China dengan keputusan 21-14, 21-14.

Lebih menarik, pasangan negara itu hanya memerlukan 37 minit untuk menundukkan Liu Sheng Shu-Tan Ning yang kini menduduki ranking ketiga dunia.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, kemenangan itu juga merupakan kemenangan pertama Pearly Tan-M Thinaah tahun ini dalam Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500.

Sebagai rekod, kali terakhir gandingan beregu wanita utama negara ini meraih gelaran di Jelajah Dunia adalah di Terbuka Perancis pada Oktober 2022.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button