SUKAN

GTR Burger tarik diri taja Kedah

KUALA LUMPUR – GTR Burger menarik diri daripada menaja pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada musim ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengasas GTR Burger, Nordin Mat menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasmi GTR Burger semalam.

“Saya telah menemui Tan Sri Dr Daud Bakar siang tadi (semalam) dan memaklumkan GTR Burger akan menarik diri sebagai rakan strategik KDA FC mulai hari ini (semalam),” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memohon ampun dan maaf kepada semua atas segala kesulitan yang berlaku.

Pada masa sama Nordin turut mendoakan KDA FC akan terus maju jaya pada masa hadapan.

Baru-baru ini seorang penonton bola sepak KDA FC mengkritik burger yang dijual oleh GTR Burger di Stadium Darul Aman ketika perlawanan antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penonton tersebut mendakwa daging burger tersebut tidak dimasak sepenuhnya dan hanya mampu menjamah satu suapan sebelum membuangnya.

Dalam satu video yang tular itu penonton setia Kedah itu juga mengkritik harga RM10 untuk hidangan burger itu bersama air bergas yang disifatkan tidak berbaloi dengan harga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button