
Euro 2024: Belanda, England bermandi peluh sebelum menang perlawanan pertama
HAMBURG – Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Poland dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Eropah, awal pagi tadi.
Pemain gantian, Wout Weghorst meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk membantu Belanda bangkit menewaskan Poland 2-1.
Weghorst menyempurnakan hantaran menarik yang dilakukan Nathan Ake untuk memastikan tiga mata penting buat skuad Oranje.
Terdahulu, Poland mencipta kejutan apabila meraih gol pembukaan pada minit ke-16 hasil ledakan Adam Buksa yang disenaraikan dalam skuad bagi menggantikan penyerang utama, Robert Lewandowski.
Bagaimanapun, Cody Gakpo menjaringkan gol penyamaan buat Belanda selepas rembatan dari luar kotak terbias dan menerjah jaring.
Dalam pada itu, jaringan awal Jude Bellingham sudah memadai untuk England menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi Kumpulan C saingan Euro 2024, sebentar tadi.
England mendahului pada minit ke-13 apabila Bellingham menerjah masuk ke dalam kotak penalti untuk menanduk masuk bola hantaran lintang Bukayo Saka.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |