
England diikat Denmark 1-1
FRANKFURT – Denmark berjaya mengikat England 1-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C Euro 2024 pada awal pagi tadi di sini.
Gol England dijaringkan oleh Harry Kane yang menewaskan penjaga gawang Denmark, Kasper Schmeichel pada minit ke-18.
Tersentak dengan jaringan itu, Denmark mula menggandakan asakan dan berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Morten Hjulmand selepas sepakan jarak jauhnya terkena tiang kanan dan terus menerjah jaring.
The Three Lions akhirnya meningkatkan tempo, bagaimanapun England mensia-siakan peluang yang baik melalui Phil Foden dan Harry Kane untuk mendapatkan tambahan jaringan.
Memasuki separuh masa kedua, Denmark mencipta peluang dengan rembatan Jonas Wind namun berjaya disekat.
Pasukan Denmark terus menguasai penguasaan bola selepas perlawanan dimulakan semula, tetapi England yang paling hampir menambah jaringan dengan rembatan Foden yang hanya menyinggah tiang gol.
Tamat perlawanan itu, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |