SUKAN

Nurul Izzah kemalangan, DNF acara keirin

KONYA – Pelumba trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, terpaksa mengakhiri perlumbaannya lebih awal selepas terlibat dalam kemalangan ketika acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI, malam tadi.

Insiden berlaku ketika Nurul Izzah sedang melakukan henjutan terakhir menuju garisan penamat sebelum berlanggar dengan pelumba di hadapannya, Makaira Wallace.

Nurul Izzah kemalangan, DNF acara keirin
Nurul Izzah kemalangan acara Keirin

Perlanggaran itu menyebabkan atlet negara gagal menamatkan perlumbaan dalam saringan repechage pusingan pertama dan statusnya bertukar kepada DNF (did not finish).

Bagaimanapun, setakat ini keadaan kecederaan Nurul Izzah masih belum diketahui.

Sebelum insiden itu, Nurul Izzah mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara pecut individu dengan catatan 10.578 saat.

Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Konya merupakan antara kejohanan penting dalam kalendar perlumbaan trek dunia, dengan penyertaan pelumba elit dari pelbagai negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button