
Bonnie Bunyau terus unggul, raih emas di Piala Dunia
KUALA LUMPUR – Atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, sekali lagi membuktikan keunggulannya di pentas antarabangsa apabila merangkul pingat emas kategori lelaki 72 kilogram pada Kejohanan Piala Dunia 2025 yang berlangsung di Beijing, China, semalam.
Bonnie mencatat angkatan terbaik seberat 215kg dalam kejohanan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), sekaligus mengekalkan dominasi beliau dalam kategori tersebut.
Meskipun berjaya menewaskan pencabar utama dari seluruh dunia, angkatan yang dicatatkan itu masih belum mengatasi rekod dunia miliknya sendiri, iaitu 232kg yang direkodkan sewaktu memenangi emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Sementara itu, Jesus Cuevas Cisneros dari Cuba meraih pingat perak dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava, membawa pulang pingat gangsa selepas melakukan angkatan 151kg.
Kejayaan itu terus mengukuhkan kedudukan Bonnie sebagai antara atlet para terbaik dunia dalam acara powerlifting, sekaligus menjadi kebanggaan negara di persada antarabangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |