SUKAN

Barcelona nafi hadkan khidmat Lamine Yamal, dedah dia teguh berpuasa

BARCELONA – Dakwaan khidmat Lamine Yamal akan dihadkan sempena Ramadan adalah tidak benar, demikian tegas Barcelona selepas penyerang itu dikeluarkan pada minit ke-56 ketika bertemu Benfica di Lisbon, minggu lalu.

Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain-pemain dan tindakan mengeluarkan Yamal di Lisbon adalah semata-mata didorong sebab taktikal.

Bagi tahun ini, ia adalah Ramadan pertama di mana Lamine Yamal aktif menjalani ibadah puasa, dan Barcelona telah memberikan diet khas untuk memenuhi keperluannya.

Pemain berusia 17 tahun itu kini tinggal di sebuah flat di Sant Joan Despi, sejak meninggalkan akademi La Masia dan dia berpeluang berkumpul bersama keluarganya di rumah bapa saudaranya, Abdul, di Rocafonda.

Pada masa yang sama, Barcelona telah berpesan kepadanya agar mengawal pengambilan makanannya pada hari-hari sebelum setiap perlawanan.

Walau bagaimanapun, kelab itu tetap tenang berdasarkan pengalaman mengendalikan Franck Kessie dan Moussa Dembele yang turut menyambut Ramadan.

Dalam pada itu, beberapa pengecualian mungkin diberikan kepada mereka yang berpuasa dan Diario AS melaporkan bahawa Lamine Yamal mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama untuk tidak berpuasa pada hari-hari perlawanan Barcelona.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button