Atlet Malaysia perlu kekal fokus capai 200 pingat di SEA Games – Hannah
BANGKOK – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan kontinjen negara perlu mengekalkan fokus bagi mencapai sasaran 200 pingat pada SEA Games 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.
Sehingga hari keenam pertandingan, kontinjen Malaysia telah meraih 114 pingat, melepasi separuh daripada sasaran sebelum penutupan rasmi temasya sukan itu pada Sabtu ini.
Hannah berkata, pencapaian beberapa atlet yang tidak disasarkan untuk meraih pingat emas sebagai kejutan yang membanggakan.
“Setiap atlet mempunyai indikator prestasi utama (KPI) masing-masing.
“Sepanjang lima hari pertandingan, ramai atlet yang tidak disasarkan untuk emas berjaya menamatkan acara dengan pingat emas.
“Ini menunjukkan, walaupun tanpa sasaran rasmi, atlet kita tetap mampu mencapai kejayaan.
“Semua atlet matang dan berusaha keras untuk mencapai emas, walaupun tidak diumumkan secara umum,” memetik laporan NST.
Setakat ini, Malaysia menduduki kedudukan kelima dengan 21 emas, 23 perak dan 70 gangsa, di belakang Thailand sebagai tuan rumah yang mendahului dengan 132 emas, 78 perak dan 47 gangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








