BERITA SEMASASUKAN

Sukan SEA 2027 masih di peringkat perbincangan – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Penganjuran Sukan SEA 2027 dengan Malaysia sebagai tuan rumah masih lagi di peringkat perbincangan awal, kata Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau akan berjumpa dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk penyelidikan impak serta kesan berhubung kos penganjuran acara itu, esok.

Menurutnya lagi, tiada sebarang pengesahan penganjuran acara itu setakat ini kerana ia masih dalam perbincangan.

“Sekarang ini untuk Jemaah Menteri, semua kertas yang kita bawa, Kementerian Kewangan ingin pastikan kita betul-betul kaji impak.

“Kita tidak mahu kemukakan dan kata kita anjur kemudian dua atau tiga tahun akan datang, duit tidak cukup, kita nak minta ‘topup’ semua.

“Perdana Menteri mahukan setiap kementerian bertanggungjawab terhadap bajet yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan “Play True Day” dan Sesi Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian dan Pemegang Taruh Utama KBS di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini

Sebelum ini, menurut Hannah, Kabinet telah meminta KBS untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara itu.

Setakat ini, KBS telah mengadakan mesyuarat awal bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Jelas Hannah, beliau akan mengemas kini semula berkenaan acara itu kepada Kabinet selepas bertemu dengan semua pemegang taruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button