BERITA SEMASA

Suami Kieda Crepe tampil pertahan video kontroversi isteri dijangkiti herpes

KUALA LUMPUR – Suami kepada usahawan sensasi, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais tampil mempertahankan isterinya selepas memuat naik video mengenai jangkitan penyakit herpes yang mengundang kecaman netizen.

Hilmi Zaki berkata, kandungan video tersebut hanyalah hiburan semata-mata dan tidak wajar dijadikan isu besar.

“Bertenanglah, isteri aku yang buat, apa kamu gelabah sangat? Konten sekadar hiburan, bukan realiti. Tahun 2025 dah, come on,” katanya dalam satu komen di media sosial.

Hilmi tampil membela isterinya, Kieda melalui komen di media sosial.

Hilmi menjelaskan, hubungan mereka sebagai suami isteri memang disulami gurauan kasar namun tidak menyangka ia disalah tafsir sehingga mencetuskan spekulasi melampau dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Kieda mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dia mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik dan disahkan dijangkiti penyakit herpes.

Di dalam video itu juga, Kieda bukan sahaja dituduh tidak menjaga aib dirinya bahkan dia turut melemparkan tuduhan kepada suaminya dengan berkata ‘saya rasa teluq (kemaluan) dia masam’.

Kenyataan itu mengundang kritikan ramai yang menyifatkan gurauan tersebut keterlaluan dan tidak wajar dikongsi kepada umum.

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad turut menegur tindakan sedemikian dan menyifatkannya sebagai contoh penggunaan media sosial tanpa etika dan adab.

“Desakan untuk buat konten sampai hilang rasa malu dan adab sudah jadi satu penyakit.

“Masyarakat kena berhenti beri perhatian kepada individu begini,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button