BERITA SEMASA

Suami isteri mengaku tak bersalah cederakan anak guna rotan, penyangkut baju

SEREMBAN – Pasangan suami isteri berhadapan dengan pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak lelaki mereka menggunakan rotan dan penyangkut baju di sini, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 tahun dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mereka dituduh secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak dengan menganiayai atau bertindak secara cuai atau cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan penganiayaan dengan memukul menggunakan rotan dan penyangkut baju di rumah mereka di Jalan Pancaindera 6, Mantin, Nilai sejak April 2023 lalu.

Kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda hingga RM50,000 atau dipenjarakan hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, tetapi mahkamah telah menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button