
Suami isteri maut rumah terbakar di Kajang
KAJANG – Sepasang suami isteri maut dalam kejadian kebakaran di rumah dihuni mereka di Taman Megah di sini, awal pagi ini.
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pasangan warga Indonesia berusia 40-an dan 50-an itu ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 2.13 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu.
“Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Terdapat dua mangsa dipercayai suami isteri mengalami melecur dan sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia.
Katanya, rumah berkenaan terbakar tiga peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |